Tentang Saya

Nama saya Hanafi Bin Jamil berasal dari Pasir Panjang Port Dickson, saya berumur 29 tahun dan telah beristeri, saya membesar di Telok Pelandok, kemudian keluarga berpindah ke Taman Seri Cermai, Pasir Panjang pada tahun 1996. Bapa saya, Jamil dan Ibu adalah penjual sayur di Pasar Pasir Panjang lebih dr 20 tahun.

Falsafah Stail Gambar Saya
Pada masa ini saya masih bekerja sebagai senior webdesigner di sebuah company dari Canada sejak 2005, saya sudah bergelumang didalam bidang web design ini selama 8 tahun. Saya mahir menggunakan photoshop, tetapi saya jarang mengadunkan gambar saya dgn photoshop kerana saya percaya kepada originality gambar, gambar itu sudah cantik tanpa di edit.Tetapi jika ada permintaan untuk edit gambar seperti buang jerawat atau sebagainya, saya lebih dari mampu.

Permulaan
Saya bermula berjinak dengan fotografi pada bulan Disember 2006 dengan pembelian kamera DSLR pertama saya sebelum itu 2 bulan saya belajar dan menimba ilmu dari internet . Saya bermula dengan stock photography, stock photography adalah satu cara saya belajar menghasilkan gambar bermutu tinggi. Anda boleh melihat menu kiri “Beli Gambar Saya” terdapat dreamstime dan istockphoto.com dimana gambar saya yang bermutu tinggi di jual di internet. Jika dilihat pula di menu kiri “Subjek Fotografi” pelbagai jenis gambar dan subjek telah saya tangkap.Tetapi saya hanya mula serius untuk mengambil gambar perkahwinan selepas bulan februari 2007 dimana kelengkapan saya telah dirasakan cukup.Ini adalah tahun pertama, dan iklan telah pun mula di edarkan dikawasan Pasir Panjang pada bulan 6 dan bulan2 seterusnya.

Dengan ini, rasminya saya menawarkan khidmat jurugambar professional untuk kawasan Pasir Panjang Port Dickson dan juga kawasan-kawasan (Telok Kemang, Si-Rusa, Bagan Pinang, Lukut, Linggi, Sungai Raya, Tanjung Agas, Pengkalan Kempas) di daerah Port Dickson dgn menggunakan kamera prosumer DSRL dgn 3 lense mahal, 2 daripadanya lense pro kelas tertinggi Canon. Luar kawasan juga boleh tapi kena tambah minyak + tol + penginapan + penat.

Kualiti Gambar?
Dengan menggunakan lense 50mm f1.4, 135mm f2.0L dgn 17-40mm f4.0L, gambar2 yg dihasilkan adalah lebih bagus dari lense2 biasa. Saya ceburi bidang ini saya tidak memikirkan budget tapi saya memikirkan kualiti gambar, memang saya singkek selepas membeli 3 lense mahal ini tapi hasilnya adalah kepuasan diri sendiri dan juga orang yg telah menggunakan khidmat saya. Gambar pula di print dgn teknologi dye-sublimation thermal technology dimana kualiti gambar adalah sgt bagus dr print di kedai gambar dan tahan lama

Pencapaian

Kingston Photography Contest
Pada 10June 2007 yg lepas saya telah memenangi hadiah utama (no 1) Peraduan Fotografi Kingston Malaysia yg dianjurkan bersama oleh lelong.com.my, click magazine & Kingston. Peraduan ini telah diadili dgn cara undian online(30%), Kingston(30%) dan Click! Magazine (40%)

My Mom and Umar

Laman web peraduan tersebut(mungkin akan ditutup bila dah lama)
http://members.lelong.com.my/promo/kingstoncontest/default.asp

Kingston Press Release Mengenai Contest tersebut
http://www.kingston.com/asia/press/2007/corporate/06b.asp


Peralatan
Canon eos 400d, 430ex speelight with sto-fen omni bounce,Canon EF 17-40mm f4L,Canon EF 135mm f2L, Canon EF 50mm f1.4 and a manfrotto tripod, 12 powerex batteries for speedlight, 5 nb2lh-replacement batteries for canon eos 400d,7GB CF 150x,Canon Selphy 710,

My Secret Weapons
Kenapa ada harga berbeza2 di pasaran? Nasihat bagi mereka yang mencari Photographer.
Sila baca disini:
http://www.pdphotographer.com/2007/06/22/harga-tips-mencari-photographer-majlis-perkahwinan/

RSSSubscribe to my feed now.

About Me

PD Photographer - Gambar Perkahwinan Melayu Berkualiti TinggiUsahawan Internet yang belum kaya berusia 29thn dan sudah beristeri. Owner of SultanTheme.com ... more