Kenali Pencipta Kamu 101..Allah SWT
Sebelum kamu pegi bakar geraja sana sini, kenali Tuhan kamu. Memalukan Islam betullah.Yang kita nampak jaguhnya nya orang XXXX la, sana sini demo.bakar semangat orang.
Aduhh. kenapa lah negara kita ni dipimpin oleh orang yg cetek ugama. Semua ulama Islam yg beri komen mengenai perkara ini bukan dasar politiking.
Mereka ini dekat dgn Allah, hari2 solat sunat itu ini, mengaji Quran mengejar pahala. Kita ni sembahyang jumaat je pegi itupun sekali sekala.
Bersihkan hati, solatlah mintak petunjuk, betulke aku dipimpin macamni rupa. bolehke aku pegi bakar gereja? bolehke kristian pakai nama tuhan Allah?
Bagi yg mencari kebenaran boleh ke tak, rujuklah Quran. Quran panduan kita. bukannya TV3
Al-i-Imran ayat 64, Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.
——————–
Az_Zumar ayat 38. ” Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah… ”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.
Al Ankabut ayat 46 “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”
Bersamalah kita doa perkara ini selesai dgn elokknya. Kita umat Islam adalah contoh. Jgnlah tunjuk contoh yg tak elok.
Kenapa kita aje yg melenting tak pak Arab kat sana. lagi dekat dgn Kaabah. Kristian panggil tuhan Allah jugak.Sbbnya kita ni bodoh, tak belajar ilmu ugama. baca Quran tau maksud tak tau. aduh pening betulla.
Adakah Allah menjadikan kita umat Islam sahaja? orang kristian tuhan lain yg jadikan? tidak? habis sapa yg jadikan orang kristian ni? Allah bukan?
Kamu pemimpin jaga lah kamu..Akhirat nanti kamu no satu paling depan kena adili..pegi konsert dapat seat depan kan.. siap kamu.
kecewa sungguh aku hari ini. bikin panas.










