Pindah rumah.
warning kepada pihak yg berkaitan. jgn baca kalau tak mau menyakitkan hati.
—
Aku akan berpindah di sebuah rumah sewa di perumahan terletaknya rumah mak aku, kami berjiran sejauh 500meter.Sebelum ini selama lebih setahun setengah aku duduk berulang shift weekly rotation dgn mak mertua dgn mak aku sendiri. Both parents tinggal dua orang sahaja suami isteri.Masing2 dah tua so itu aja alasan kenapa aku masih duduk dgn dorang. Aku percaya perpindahan ini telah ditakdirkan.bukannya sebab aku bergaduh dgn sesiapa. Ye aku telah terlibat dlm satu konflik dgn biras. Bergaduh can be a trigger factor to this move but to me it is purely destined and how we handled it properly. nak mintak maaf atau tidak? egois atau tidak. Semuanya ada hikmah.Aku tiada masalah dgn mak bapak aku sbb dorang lebih paham aku dari orang lain. Mungkin ye aku keras kepala atau cemburu buta tapi aku jugak seorang yg yang sgt percaya pada takdir dan kuasa Allah walaupun aku tak cukup waktu sembahyang.
trigger.
Bergaduh? aku tak rasa mcm bergaduh sbb sms aku tidak lansung berbunyi kurang ajar..hanya teguran. dan aku tak rasa orang yg berpangkat lebih tua tidak boleh tegur. kalau mcm tu orang atasan adalah diktator.
smsnya berbunyi mcm ni.
“ko jgn dtg lagi malam2 time takde org.tak manis org pandang. dan aku tak suka – napi.”
ayat last “dan aku tak suka – napi”, adalah pada aku perlu utk tunjuk ketegasan dalam teguran.
Ok, sampai di tahap ini aku bukan ingin membuka pekung di dada atau memburukkan sesiapa atau memburukkan lagi keadaan cuma ingin dijadikan pengajaran dan supaya orang yang tak paham aku boleh paham aku..kenapa aku hantar sms tersebut. Jangan sedih2 pulak baca benda ni.
Adakah sms tersebut tidak dapat diterima akal manusia biasa berpangkat abang biras. dia umur bawah setahun aku.
1. Malam kejadian mak bapak mertua takde, bini aku tau aku akan marah pasal bapak mertua dah suruh si dia ni pegi hantar udang, dia ni mesti pas duit kat bini aku.
so benda ni bini aku dah cakap awal. aku boleh terima dan aku tak marah pun pada mulanya. aku suruh ambik duit melalui tingkap aje.jgn bukak pintu. org takde.
tup tup dia datang lagi kali ni kat pintu dapur.tgk bawak pinggan mintak nasik kata anak nak makan? hai? tak masak nasik ke?
2. Terjadinya konflik ini sbb dia ni anak menantu emas mertua aku. Aku cakap anak menantu emas pasal dia ni rajin la. tengok lembu hantar udang. apa disuruh mesti dia buat punya. Ye mungkin aku salah paham pasal dia dtg sbb nak hantar udang..atau ada udang disebalik batu? Selain dr hantar udang dia suka dtg ambik lauk malam2, walaupun siang meniti senja dia laki bini ada kat rumah mentua. kenapa nak dtg malam2? bini aku je la tukang layan dia, isi lauk, isi nasik. ini yang buat aku tak berkenan pasal aku orang yg berprivacy, bini aku adalah bini aku ..bukan tukang layan dia. Bukan sekali dua dah banyak kali ada sampai aku kira berape kali dia dtg. bukan sbb jual udang.Ada datang tak berbaju pun ada. Bend ani dah berlarutan lama dan lama dah aku pendam.
Adik ipar ada batasan ye, adik ipar isteri orang. adik ipar bukan muhrim dia.
3. jadinya perasaan tak berkenan ni boleh kata cemburu sbb aku ni duduk dalam bilik aje. aku tak tahu ape terjadi kat pintu dapur. Aku tak suka perasaan syak tersebut, itu pasal aku marah ..aku dah bergaduh dgn bini lebih 3 kali pasal dia ni.
4. abg ipar aku suruh minta maaf kat dia ni. tapi aku sampai sekarang tak minta maaf pasal kalau aku minta maaf dia akan anggap dia betul. So betullah dia boleh dtg rumah orang malam2 isteri orang layan dia kat pintu dapur.
kalau camtu aku pun nak pegi ke pintu dapur rumah dia malam2 suruh bini dia layan aku.
5. jika ditinjau dr sudut agama. Ini sahaja penerangannya.
http://www.pdphotographer.com/2009/06/17/hubungan-dgn-adik-ipar/
Kita kena berperasangka supaya benda buruk tidak terjadi. mencegah lagi baik dr tak buat apa2. Kenapa nabi saw cakap macam tu sekali? ipar adalah maut?
mesti ada sebabnya. Sebabnya akan jadi benda mcm aku ni lah. Hubungan suami isteri aku ni bergoyang sbb dia ni.
6. Aku tau mungkin dia anggap itu rumah dia juga. tapi mak dia dgn tone tinggi sikit cakap,” ini rumah acu!” ms aku bagitau nak pindah. rumah bini aku..so kalau rumah bini aku..aku ni sape pula?kalau nak aku rasa mcm rumah sendiri, aku buat mcm rumah sendiri lah. so privacy rumahtangga orang kena jaga.
7. semua ini bukan sebab lauk atau sepinggan nasi. tolonglah jgn libatkan rezki.
8.Aku takde masalah dengan sesiapa pun adik beradik bini aku mahupun biras2 lain kecuali dia ni sorang je. isteri dia pun aku takde masalah aku lagi suka isteri dia.
So aku sedang pikir aku hendak minta maaf kerana apa?..aku takkan mintak maaf sbb aku sms. sbb sms tu takde bunyi kurang ajar pun. benda teguran tu benda betul. lain lah kalau salah. cuba baca balik sms aku di atas. Salah satu caranya ialah suruh along jadi orang tengah clearkan benda ni. dia boleh kata aku mintak maaf walaupun aku tak minta maaf.
lagi satu aku nak clearkan benda ni pasal mereka adik beradik dah bercakap pasal aku so kalau dorang terbaca kebenda aku nak bagitau.Masa anak aku umur 1-3 bulan dia kuat nangis. setiap kali dia nangis dada aku sakit.aku tak tipu. so aku amat protective berkenaan anak aku dalam period tersbut. Mcm ibu ayam la jaga anak dia..garang. SO aku tak suka orang buat bising2 kat depan rumah time anak aku nak tido. itu aje. tapi bila dia melepasi tahap 3 bulan semuanya ok. takde masalah. bukan aku tak suka budak kecik. aku layan jugak budak kecik.budak bising pun aku tak kisah. cuma masa 1-3 bulan anak aku fragile lagi , dia kuat nangis, kalau dia nangis sape pun tak tahan.time tu aku tak suka org buat bising.
Hakikatnya semua ini adalah takdir. kenapa aku yakin ianya perjalanan takdir aku dan anak bini. hanya aku dan bini aku je tau.walaupun konflik tersebut memberi jalan keluar kepada aku utk hidup berdikari.Ini adalah hikmahnya. Aku dah lama nak hidup sendiri , sebelum kahwin lagi ramai kawan yg berkeluarga berpesan jgn duduk dgn mertua. elok duduk sendiri. Sbbkan sayang bini aku setup lagi satu internet dgn pc dgn aircond sbb sayangkan bini. Duduk dua rumah ni belanja dia besar. aku tanggung bil sana dan bil sini.
Aku dah nampak takdir semua ni tetapi hendak selesaikan mcm mana? supaya dia belajar menghormati privacy rumahtangga orang lain.
Aku boleh berbaik semula tapi mcm mana? adakah masa akan pulihkan segala kekusutan?










