Hubungan dgn adik ipar
katalah abg ipar ada adik ipar perempuan, adik isteri dia.
walaupun menjadi ahli keluarga,
1. tetap bukan muhrim. kena tutup aurat tak boleh salam.
2. Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita”. Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: “Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?’. Rasulullah SAW menjawab: “Ipar itu maut”. (Riwayat Nasai)
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.
sumber:
http://dupahang.wordpress.com/2009/06/03/aurat-abang-ipar-dengan-adik-ipar/
dan website ini:
http://2×5.via.my/2009/05/aurat-wanita-dengan-iparnya-yang.html
Quote dr website di atas.
Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .
Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang ” TERLAJAK ” dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .
Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa ” Ipar-duai itu adalah MAUT ” iaitu , ” hubungan sumbang ” dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : Drp Saidina ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
(( ” Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita ” )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : ” Bagaimana pula dengan ipar-duai ? ” .
Jawab Baginda s.a.w : “Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT ” )) .
~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) .
kisah benar:
http://blog.re.or.id/berzina-dengan-adik-ipar-haruskah-dinikahi.htm











July 1st, 2009 at 1:33 am
[...] jika ditinjau dr sudut agama. Ini sahaja penerangannya. http://www.pdphotographer.com/2009/06/17/hubungan-dgn-adik-ipar/ Kita kena berperasangka supaya benda buruk tidak terjadi. mencegah lagi baik dr tak buat apa2. [...]