Pengurusan Tekanan

Apakah tekanan? Tekanan ialah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang

Tanda-tanda tekanan?

1. Perubahan Sikap: Cepat marah, mudah bosan & bersikap negatif
2. Perubahan Fizikal: sakit, lesu dan letih, tidak ceria
3. Perubahan Emosi: Sensitif, cemburu & risau/bimbang

Punca Tekanan:

1. Faktor Dalaman - kurang keyakinan diri, putus asa, terlalu ingin yang terbaik, terlalu menjaga orang lain, perpisahan dan perceraian, kurang pengetahuan agama, sakit, hilang tempat bergantung & sebagainya.
2. Faktor Luaran - Ketua/Majikan-masalah kerja, pasangan hidup, keluarga, rakan, suasana tempat, perbezaan budaya, ekonomi-duit.

Kesan-Kesan Tekanan
Negatif : prestasi menurun, resah gelisah, tidak sabar, rasa bersalah, rendah diri, sensitif, mereng
Positif: Sumber motivasi untuk berusaha lebih lagi

Teknik mengurangkan tekanan

1. pertingkatkan ibadah
2. Beriadah
3. Redha & tawakkal - menerima situasi
4. Ubah rutin hidup
5. Elak perkara yg memudarat diri
6. berfikir positif
7. berkongsi masalah dengan pasangan/ kawan
8. membuat perancangan yang lebih teratur
9. tingkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang

Bahan daripada modul kursus perkahwinan untuk dikongsi bersama sebagai rujukan

RSSSubscribe to my feed now.

About Me

PD Photographer - Gambar Perkahwinan Melayu Berkualiti TinggiUsahawan Internet yang belum kaya berusia 29thn dan sudah beristeri. Owner of SultanTheme.com ... more