Home » headline

HIV AIDS

13 September 2007 21,354 views 335 Comments

UJIAN ANTIBODI HIV

HIV virus yang menyebabkan AIDS, tidak mengenal sasarannya. Tidak mustahil ia masuk ke dalam tubuh anda, jika anda lalai atau kurang pengetahuan.

Jika anda atau pasangan anda pernah mengadakan hubungan seks tanpa kondom atau berkongsi jarum untuk menyuntik dadah, terdapat kemungkinan anda telah dijangkiti HIV. Jangan perkecilkan kemungkinan ini.

Jangan terlalu yakin jika anda berasa sihat. Jangkitan HIV tidak menunjukkan tanda… sehingga sistem daya tahan badan anda mulai menjadi lemah. Anda bernasib baik jika ia tiada dalam tubuh anda. Tapi mungkin juga virus itu sedang membiak dan memusnahkan sistem daya tahan badan anda, sedikit demi sedikit. Anda mungkin tidak merasakannya, sehingga hampir keseluruhan sistem daya tahan badan anda dimusnahkan. Dan dalam pada anda tidak menyedari kehadiran HIV itu, anda mungkin telah menjangkiti orang lain.

Pengesahan segera memungkinkan rawatan segera jika anda disahkan positif HIV. Sebaliknya, alangkah leganya jika anda disahkan tidak menghidapinya.

Apakah perbezaan di antara HIV dan AIDS?

HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, iaitu sejenis virus yang bertindak melemahkan dan memusnahkan sistem daya tahan badan manusia. HIV telah dikenalpasti sebagai virus yang menyebabkan AIDS. Bila seseorang itu disahkan telah dijangkiti HIV, orang itu dipanggil sebagai positif-HIV. Ini tidak bermakna dia menghidap AIDS.

AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome atau dalam Bahasa Melayunya Sindrom Kurang Daya Tahan melawan Penyakit. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif-HIV, akibat sistem daya tahan badan yang telah lemah atau musnah. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik (iaitu yang mengambil kesempatan) sepert radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), beberapa jenis barah dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.

Bagaimanakah cara saya mengetahui yang seseorang itu dijangkiti HIV?

Seseorang mungkin kelihatan sihat dan berasa sihat walaupun telah dijangkiti HIV. Satu-satunya cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu telah dijangkiti HIV ialah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV.

Apakah Ujian Antibodi HIV?

Ujian Antibodi HIV adalah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV di dalam tubuh kita. Antibodi adalah sejenis protin yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV di dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun, bagi jangkitan HIV, antibodi yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus tersebut di peringkat awal jangkitan. Bila virus ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Siapakah yang perlu menjalani Ujian Antibodi HIV?

Sesiapa yang pernah terlibat dengan tingkahlaku yang berisiko tinggi perlu menjalani Ujian Antibodi HIV. Ini termasuk mereka yang pernah mengadakan hubungan seksual tanpa menggunakan kondom, pernah berkongsi jarum suntikan atau pernah menjalani pemindahan darah atau pemindahan organ.

Mungkin juga anda menjalani ujian tersebut kerana ingin:

* melindungi pasangan anda dari dijangkiti HIV
* mennetukan sama ada selamat atau tidak untuk hamil

Ujian hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga bulan selepas kemungkinan jangkitan.

Berapa lamakah selepas dijangkiti seseorang itu mungkin menunjukkan tanda jangkitan?

Sesetengah orang menunjukkan tanda dalam masa dua hingga tiga minggu selepas dijangkiti. Ini termasuklah tanda-tanda sepert demam, selesema, berpeluh malam, bengkak kelenjar dan ruam kulit. Tanda-tanda awal ini boleh sembuh dalam beberapa hari. Penyakit-penyakit ringan ini juga mungkin bukan disebabkan HIV tetapi akibat jangkitan virus yang lain. Oleh kerana tanda-tanda ini boleh sembuh seperti biasa, is sering disangka demam biasa.

Ada juga kesan yang dipanggil asymptomatic, iaitu tidak menunjukkan apa-apa tanda sama sekali, yang mungkin mengambil masa beberapa tahun tanpa diketahui. Keadaan ini amat merbahaya kerana dalam jangkawaktu tersebut seseorang yang positif-HIV mungkin akan memindahkan virus yang terselindung ini kepada orang lain tanpa disedarinya.

Tatacara Ujian Antibodi HIV dijalankan

Ia dilakukan melalui beberapa peringkat:

* Doktor memberikan penerangan dan kaunseling.

Beritahu doktor mengapa anda fikir anda perlu menjalani ujian. (Mungkin doktor akan berpendapat anda tidak perlu menjalani ujian, atau sebaliknya.) Jika anda mamilih untuk menjalani ujian ini, doktor akan memberikan penerangan mengenai tatacara ujian serta langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil selepas keputusan diperolehi.

* Contoh darah diambil dan dianalisis.

Ujian ini dipanggil Elisa. Ujian ini tidak menyakitkan dan dijalankan dengan cara yang sama seperti ujian-ujian darah yang lain.

* Jika keputusannya negatif, ujian yang sama akan dijalankan sekali lagi selepas tiga bulan.

Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji. Bagaimanapun ini belum mengesahkan bahawa orang berkenaan bebas dari HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil tempoh jendela) di mana antibodi tidak dapat dikesan di dalam darah sekalipun terdapat kemungkinan jangkitan.

Orang yang berkenaan akan diminta menjalani ujian kedua selepas tiga bulan. Jika ujian kedua juga negatif, orang berkenaan perlu mengambil ujian ketiga selepas tiga bulan berikutnya untuk pengesahan. Dalam jangkamasa enam bulan di antara ujian pertama, kedua dan ketiga, elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi seperti hubungan seks tanpa kondom dan perkongsian jarum.

* Jika keputusannya positif, ujian seterusnya akan dijalankan serta-merta untuk pengesahan.

Ujian pengesahan ini dipanggil Western Blot, dan ianya lebih khusus daripada Elisa. Keputusan yang disahkan positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah, dan orang yang berkenaan boleh menjangkiti orang lain. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna orang itu akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif-HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.

* Sama ada keputusan negatif atau positif, nasihat dan kaunseling akan diberikan selepas setiap keputusan dikeluarkan.

Berbincanglah dengan doktor anda supaya anda dapat melakukan yang terbaik dalam menjaga kesihatan anda.

Untuk maklumat lanjut rawatan, hubungi Majlis AIDS Malaysia di talian (03) 445 1033, dan minta bercakap dengan Pegawai Maklumat Rawatan.

Seseorang yang positif-HIV boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya disahkan negatif-HIV?

* Berhati-hati dan elakkan diri dari dijangkiti dengan menghindari aktiviti yang berisiko tinggi
* Jika anda ingin mengekalkan aktiviti seksual, amalkan seks yang lebih selamat dengan menggunakan kondom

Adakah identiti mereka yang mengambil ujian diumumkan atau diberitahu kepada sesiapa?

Sudah tentu tidak. Walaupun semua keputusan yang positif dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, identiti individu yang menjalani ujian berkenaan adalah sulit dan rahsia. Biasanya, nombor pendaftaran akan digunakan sebagai pengenalan pada contoh darah, manakala butir-butir lawatan tidak dicatitkan pada kad klinik.

Di manakah saya boleh menjalani ujian antibodi HIV?

Anda boleh mengambil ujian ini di mana-mana klinik atau hospital kerajaan, klinik-klinik dan makmal-makmal swasta ataupun doktor peribadi anda. Pastikan tempat yang anda pilih menawarkan perkhidmatan kaunseling sebelum dan selepas ujian.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengambil Ujian Antibodi HIV?

Hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan menawarkan perkhidmatan ujian ini secara percuma manakala ujian di klinik-klinik swasta biasanya dikenakan bayaran di antara RM15 hingga RM35 bagi setiap ujian.

Selepas berapa lamakah keputusan boleh diperolehi?

Biasanya, keputusan boleh diperolehi selepas tiga hingga lima hari.

Menangguhkan menjalani ujian

Jika negatif:

* Tekanan perasaan yang merugikan

Jika positif:

* Kemungkinan menjangkiti orang lain
* Lambat menjalani rawatan

Aktiviti berisiko tinggi

Ujian Antibodi HIV

Jika negatif:

* Kelegaan
* Kekalkan hidup sihat

Jika positif:

* Rawatan segera
* Amalkan hidup sihat
* Fikir dengan positif

Pilihan untuk menjalani Ujian Antibodi HIV terletak di tangan anda sendiri. Yang pasti, mengetahui keputusan ujian – tak kiralah positif atau negatif, akan lebih mententeramkan jiwa anda daripada terus gelisah tanpa mengetahui situasi yang sebenar. Walau apapun, pastikan anda mendapat kaunseling agar bersedia dan selesa dengan keputusan yang akan diketahui kelak.

Di manakah saya boleh dapatkan keterangan lanjut?

Pertubuhan-pertubuhan berikut boleh menjawab kemusykilan dan membantu anda dalam membuat keputusan yang sewajarnya.

Majlis AIDS Malaysia (Unit Maklumat Rawatan)
(03) 4043 9711 or 4045 1033 ext. 202
Mon – Fri 9.00 am – 5.30 am

Malaysian AIDS Council (Hopis Cahaya)
(03) 4045 0133
Mon – Fri 9.00 am – 4.00 pm

Positive Living
(03) 4044 4611
Mon – Sat 9.00 am – 5.30 am

Hospital Kuala Lumpur
(03) 2692 1044 ext 5228/5238
Mon – Fri 9.00 am – 4.00 pm

Hospital Universiti
(03) 7956 4422
Mon – Fri 9.00 am – 4.00 pm

Tenaganita
(03) 2691 3681/91
Tue – Sat 10.00 am -6.00 pm

Community AIDS Service, Penang
(04) 229 9566
Mon – Fri 10.00 am – 5.00 pm

Bahan oleh: Majlis AIDS Malaysia
http://www.mac.org.my/

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (4 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

335 Responses to “HIV AIDS”

Pages: [14] 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 … 1 » Show All

  1. 335
    konpius Says:

    xde jawapan ke??

  2. 334
    konpius Says:

    salam cik razali
    soklan sy..si A luka didlm mulut. kemudian dia bercium mulut dgn si B. adakah hiv boleh berjangkit kpd si A melalui air liur si B melalui luka si A?jika si B ada hiv. bknkah air liur rendah risiko jangkitan

  3. 333
    ingin kepastian Says:

    salam en razali..

    sekiranya tidak membuat perkara berisiko dlm ms 3 bulan?jika check,non reaktif,adakah itu boleh menjamin tiada jgkitan?@ selepas 6 bulan dr tarikh bt perkara berisiko baru boleh jamin tiada jgkitan? dan lagi 1,jika seseorg mengalami jgkitan hiv,adakah luka2nya lambat sembuh?

  4. 332
    razali Says:

    sangsi, tanya balik pada diri awak… dalam tempoh 3 bulan tu awak ada buat apa2 perkara berisiko tak? kalau ada kena mula balik… 3 bulan dari tarikh buat perkara risiko tu… ok

  5. 331
    ingin kepastian Says:

    salam en razali..

    sy ingin menanyakan,adakah keputusan ujian darah selepas 3 bulan adalah waktu untuk menunjukan samada reaktif @ tidak @ hanya selepas 6 bulan bru boleh dijamin tiada jgkitan virus tersebut?

  6. 330
    ingin kepastian Says:

    salam en razali..
    boleh sy tahu,jika selepas tempoh 3 bulan,check hiv,non-reaktif,adakah itu bermakna bebas dari jgkitan hiv? @ selepas 6 bulan bru boleh yakin bebas dr jgkitan tu?

  7. 329
    razali Says:

    sangsi,

    kalau awak dah tau dia ada hiv kenapa nak amik risiko main dengan dia? tak kira lah main sekali ka, dua kali ka, tiga kali ka…. kalau tak mau kena hiv jangan buat jahat….kawin.. sebab kalau nak kawin kn buat hiv test…. dua dua pihak tahu bebas hiv atau tidak….

  8. 328
    razali Says:

    nak tahu,

    kenapa dia main dengan 3 orang?

  9. 327
    sangsi Says:

    so,mksudnye host tu la punca pd ani dpt hiv ek? yg si host tu plak dpt hiv dr org lain..cmtu ke? klu la cam kes ingin tahu tu..andai la A wat seks ngan B,setahun kemudian baru A wat ujian then x reaktif. adakah kptsan tu btul? encik,adakah dgn skali wat seks dgn host,dah leh trus dpt jangkitan pd psngan? wat oral seks dgn host pun leh dpt jngkitan ke? byk la plak soklan..hehe

  10. 326
    nak tahu Says:

    jika A pernah main dgn 3 org lelaki dan andai kata lah ketiga2 lelaki tersebut xde hiv,masih ke A boleh dapat jangkitan kerana main dgn 3 org

  11. 325
    razali Says:

    sangsi,
    host tu perumah – maksudnya pembawa kuman hiv tu,… andai awak ada hiv main dengan ani… ani kena hiv sebab you, you adalah “host” nya….

    nak tahu,
    kenapa awak suka main dengan ramai orang? sangat merbahaya… Jadi awak kena pakai protection selalu… pakai kondom. Peratus awak nak kena HIV sangat tinggi. Hati-hati. Kondom pun jangan main beli jer, pastikan ianya sesuai untuk awak – jgn ketat sangat dan jangan longgar sangat….

  12. 324
    nak tahu Says:

    encik..
    maksud encik kalau bertukar2 pasangan tu macam mana? dalam masa yg sama si A ada byk pasangan ke @ dulu si A pernah couple dengan 3 org lelaki sebelum dia couple dengan pakwe dia yg sekarang? saya nak tanya…jika si A pernah buat seks dgn si B pastu dia putus..pastu dia couple plak dgn si C,buat seks pastu putus. pastu 3, 4 bulan plak couple dgn ci D ,buat seks dan hubungan jugak x kekal lama dan putus. adakah A boleh dijangkiti HIv kerana buat seks dgn 3 lelaki walaupun bukan pada masa yg sama?

  13. 323
    sangsi Says:

    en.razali..
    host tu cmne ek?

  14. 322
    razali Says:

    dia cuci bersih ker pisau cukur tadi? mana tau bersih? tak tau kan… saya pun tak tau sebab ini Tuhan punya kuasa… Ikut logik peratus masih ada cuma kecil atau besar saja…. mungkin ada virus masih ada yang terselit pada celah pisau.. mana tau! ok take care.

  15. 321
    sangsi Says:

    3 bln tu mmg dah cukup ke tarikh nak sahkan ada kuman hiv dlm bdn tu? lg 1, en. zali ckp hiv xleh hdp di luar bdn kan? klu cmtu,cmne lak klu pisau cukur tu ada org yg ada hiv pakai then berdarah kt pisau tu. then dia cuci darah kt pisau cukur tu. then ada lak org pakai. leh kena jankitan ke walaupun dia dah cuci darah kt pisau tu?

  16. 320
    razali Says:

    sangsi,
    banyak sangat soalan lah… kalau dah check lepas 3 bulan kira dah ok lah…tak yah risau…. soalan pisau cukur… kemungkinan jangkitan boleh berlaku kalau “pemakai kemudian” ada hiv… kalau tak da, tak da tak kenalah….

  17. 319
    sangsi Says:

    encik razali..
    soklan yg lg 1 cik x jawap lg…

  18. 318
    sangsi Says:

    x tau..sy cma reka je soklan tu. klu la ada kes camtu…

  19. 317
    razali Says:

    sangsi,
    orang yang pakai kemuadian tu ada hiv tak?

  20. 316
    sangsi Says:

    lg 1 sy nak tnya…klu lelaki bercukur,and then shaver tu ada org lain lak pakai n then berdarah. lelaki yg pnua shaver tu x tau ada org pakai shaver dia n dia pun pakai gak..leh kena jangkitan x?

  21. 315
    sangsi Says:

    hiv ni bleh x kita dpt suspek org tu ada hiv dlm masa sethn? maksudnya, dlm masa 3 bln pas tarikh dia wat seks tp x dpt detect hiv lg. and then sampai la setahun dia wat check on hiv baru dpt detect? ada ke org camtu?

  22. 314
    razali Says:

    hepatitis b tak belajar lagi… ha ha ha…. tak dapat lah nak nolong…. biasanya kalau dah positif hiv pihak hospital akan buat pemeriksaan darah secara menyeluruh…. buah pinggangnya, hatinya, siflisnya, hepatitisnya…. macam macam dia check nak pastikan tiada penyakit lain selain hiv… kalau ada banyaklah lagi ubat nak kn makan…. dan kesan sampingan makan ubat ni sangat TERUK… jgn main-main…. ada yang tak boleh bangun tau tak larat langsung tak da tenaga !!! fuhh tapi lain org lain kesan sampingannya… Yang nyata sangat TERUK…. ok.

  23. 313
    sangsi Says:

    en razali,
    hepatitis b tu camne plak ye? sama dgn hiv ke? camne mereka yg mengidap hepatitis b ni dpt penyakit ni?

  24. 312
    nak tahu Says:

    sy dah baca semua komen2 dlm ni encik. maksudnya jika si A dan B buat seks,main macam mana pun andai dua2 free virus mmg tak kene jangkitan la. tp andaikata salah seorg dr A @ B buat seks dengan si C dan C ada hiv,memang berjangkit la pada A @ B. tp kalau C free vurus, ketiga2 mereka main macam mana pun tak kena hiv la. lagi 1, apa yg dimaksudkan dengan host. macam mana kita nak tahu yg seseorg yng dijangkiti tu adalah host @ tidak?

  25. 311
    nak tahu Says:

    ooo…dlm masa 3 bln dr tarikh kita buat seks dah boleh tahu la ye sama ada kita ada hiv @ x.

Pages: [14] 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 … 1 » Show All

Leave a Reply