Home » dunia

HIV AIDS part 2

13 September 2007 21,872 views 44 Comments

APAKAH HIV?

Human Immunodeficiency Virus (HIV)

HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)

AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:

1. melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
2. melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
3. melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui

* Pendermaan darah
* Berjabat tangan dan berpelukan
* Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
* Berkongsi makanan dan perkakas dapur
* Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
* Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
* Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
* Menjaga seseorang yang positif-HIV

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?

Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV

Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

SEKS SELAMAT

Apakah seks selamat?

Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.

* Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
* Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.

Cara-cara ini dipanggil “seks selamat” kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

MITOS & BENAR TENTANG SEKS DAN HIV

Yang Benar
1. Penggunaan kondom dengan betul adalah yang terbaik dalam menghalang jangkitan HIV semasa hubungan seks kerana ia diperbuat dari lateks/getah.
2. Kondom juga boleh melindungi mulut, faraj, dubur dan zakar dari air mazi, air mani dan darah yang mengandungi HIV serta penyakit-penyakit kelamin lain.
3. Jangan biarkan alkohol/dadah atau pasangan yang menarik mengalih perhatian anda daripada amalan seks selamat.
4. Seks selamat adalah salah satu cara untuk menghalang jangkitan HIV.
5. Anda boleh dijangkiti HIV jika melakukan seks tidak selamat.
6. Masih tiada penawar untuk HIV/AIDS tetapi terdapat ubat anti HIV dalam pasaran yang boleh memperlahankan kemaraan penyakit ini.
7. Anda tidak boleh dijangkiti HIV dengan berpelukan, berjabat tangan, bersentuhan, melancap dan berciuman.

MITOS
1. Pil pencegah kehamilan boleh menghalang jangkitan HIV – Hanya kondom lateks sahaja yang boleh menghalang jangkitan HIV dari seseorang yang positif HIV ke seseorang yang lain
2.Aktiviti seks oral adalah selamat dari jangkitan HIV – Kalau bendalir seksual yang mengandungi HIV masuk ke dalam mulut yang mempunyai luka, risiko jangkitan masih boleh berlaku
3. Anda boleh mengetahui jika seseorang itu HIV+ dengan melihat raut muka orang tersebut – Anda hanya boleh mengetahui status kesihatan seseorang jika orang tersebut menjalani Ujian Antibodi HIV
4. Jika anda dijangkiti HIV, anda tidak ada harapan lagi – Terdapat ubat anti-HIV di pasaran yang boleh mengurangkan kemaraan HIV dalam badan serta memanjangkandan memperbaiki kualiti kehidupan seseorang yang positif HIV
5. Semasa melakukan seks selamat mahupun seks tak selamat, anda tidak akan dijangkiti HIV jika zakar sempat dikeluarkan – Anda masih menghadapi risiko jangkitan kerana air mazi mengandungi HIVdan mungkin juga terdapat tumpahan air mazi dari dalam kondom semasa zakar dikeluarkan.

Anda boleh mengelak jangkitan HIV dengan mengamalkan ’seks selamat’ atau tidak berkongsi jarum suntikan yang tercemar.

Kita boleh melambatkan penyebaran epidemik HIV jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat dalam cara-cara pencegahan. Orang ramai sering bertindak secara prejudis dan penafian terhadap apa yang mereka tidak difahami. Reaksi-reaksi ini menghalang program-program pencegahan dan menyukarkan kehidupan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS. KIta semua boleh membawa perubahan dengan melawan sikap prejudis dan penafian tersebut serta meningkatkan kefahaman mengenai HIV/AIDS.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis AIDS Malaysia di (03) 4045 1033 atau talian Interaktif 24-Jam HIV/AIDS di (03) 707 7007. Untuk kaunseling, sila hubungi Kaunselor di Talian Bebas Toll 1-800-88 18 48 atau e-mel counselling@mac.org.my

Bahan oleh: Majlis AIDS Malaysia
http://www.mac.org.my/

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 3.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

44 Responses to “HIV AIDS part 2”

Pages: [2] 1 » Show All

  1. 44
    Zaki Says:

    Jangan diskriminasi pesakit HIV/AIDS. Jika diskriminasi berlaku ini akan menyebabkan situasi lebih teruk. Ape yang penting bantu mereka. HIV bukan hukuman mati. Jika tahun 80an dulu mungkin ia seperti hukuman mati. Dengan kemajuan perubatan sekarang, HIV hanya penyakit kronik yang boleh dikawal dengan ubat ubatan yang ada sekarang. Ada pesakit HIV yang boleh hidup sihap selama 20-25 tahun tanpa ubat. Di Malaysia kite kurang kesedaran terhadap gejala HIV ini… Kurang forum forum.. kurang pendedahan… semua kurang. Kalau ada pon orang macam ambik tak peduli. Pengetahuan tentang HIV sangat penting. Yang kite tahu sekarang mmg tiada ubat yang boleh menyembuhkan HIV/AIDS tapi ada rawatan yang melambatkan virus ini. Kenapa kita nak memandang serong terhadap pesakit HIV? Mereka dapat hiv pon sebab nasib je. Ada orang yang mengamalkan sex bebas selama bertahun tapi tak dapat pon hiv. Ada orang yang melakukan hubungan sex sekali je lepas tu dapat hiv. Ada orang kawin dengan orang yg tak tau kene hiv lepas tu kene hiv. Jadi jangan kite pandang serong mereka. Kite patutnye yang bagi semangat untuk mereka supaya mereka boleh menjalani hidup sihat. Sebenarnya jika kita dijangkiti HIV, yang penting amalkan hidup sihat, pemakanan sihat, bersenam selalu. Itu yang membuatkan badan kita sihat yang membuatkan immunisasi badan sihat. Jangan amalkan sex tidak selamat.

  2. 43
    zai Says:

    mcm2la cite yg pasti menggerunkan jika kita bercerita tentang aids apalagi jika pernah terjebak.time buat tak ingat sume tu….nilah permainan syaitan

  3. 42
    Zaki Says:

    saya tak pasti tentang kesilapan alat saringan untuk HIV… yang saya pasti keputusan positif yang salah(false positive). Alat saringan sangat sensitif… jika berlaku kesilapan mungkin mendapat keputusan positif yang salah. Tanya pada kawan awak, ada dia melakukan hubungan seks tanpa kondom(seks tidak selamat) dengan pasangan yang tidak diketahui status HIV nya? atau perkongsian jarum? jika ada kemungkinan di jangkiti… tetapi… jika positif pada alat saringan HIV… ujian pengesahan akan dilakukan pada ujian ELISA… jika ELISA masih positif makan ujian pengesahan akan dilakukan pada WESTERN BLOT… jika ujian WESTERN BLOT positif… makan seseorang itu hiv positif bermakna anda dijangkiti…

  4. 41
    su Says:

    kawan saya membuat ujian darah utk HIV di klinik kesihatan menggunakan alat saringan HIV.dan didapati ianya positif..adakah alat tesebut blh berlaku kesilapan?

  5. 40
    ahmad Says:

    tempoh ujian anti body hiv-
    6-8 minggu selepas hubungan, dan ulangi untuk pengesahan pada 3bln…
    kalo tak buat je lepas 3 bulan…
    oral sex- yang telah diberitahu oleh CDC :tiada risiko…
    hiv dipindahkan melalui hubungan sex tidak selamat(hubungan sex tanpa kondom)
    kalo ada risiko, pegi la buat ujian antibody hiv. simptom tak boleh bagitau kite ada hiv ke tak… APE YANG PENTING IALAH BUAT UJIAN ANTIBODY HIV!!! selepas 3bulan… oedulikan ape simptom sekali pon …. ujian antibody hiv je yg boleh tentukan kite ade hiv ke tak… ingat buat selepas 3bulan lepas hubungan.

  6. 39
    ingin pasti Says:

    salam..sy ingin kepastian..adakah selepas 3 bulan melakukan hubugan seks & bt ujian darah & keputusannya nonreactic,adakah itu menjamin keputusan yg tepat?sy betul2 ingin tahu tntgnya..sy bertaubat tidak akn mengulanginya lg..skrg hanya hanya ada lebih kurang 21 hari untuk pegi check ujian darah..maknanya dlm 3 bulan lebih selepas melakukan seks.adakah ujian ini nnti klu keputusan non reactif,sy kena bt byk kali?tolonglah terangkan kepada sy..sy benar2 ingin kepastian….

  7. 38
    zafuwan Says:

    saya bukan doktor… tapi saya salah seorang yg telah melakukan hbgn seks dgn pelacur dan kini saya sudah bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi… saya sudah buat ujian darah ELISA selepas 3bulan risiko iaitu hbgn seks dengan pelacur dan ujian darah saya negatif untuk hep c, hep b, VDRL(siflis), hiv 1 dan hiv 2… semua keputusan ujian darah saya “nonreactive” atau negatif… semasa menunggu keputusan ujian darah saya sangat tertekan… dan apabila mendapat keputusan saya amat lega dan tidak akan melanggan pelacur lagi dan saya mahu membina hidup saya… untuk pengetahuan semua… window period bagi hiv ialah 3 bulan selepas hubungan yang terakhir(hubungan seks tidak menggunakan kondom)… selain itu, ape yg saya telah diberitahu oral seks tidak ada risiko… ini kerana didalam air liur kita ada protein yang membuatkan virus hiv tidak aktif… apa yang risiko ialah hubungan seks tanpa kondom iaitu hubungan zakar yang masuk ke vagina(penetration)… dan jika dijangkiti… manusia biasa biasanya mengambil masa mungkin hingga 28 hari untuk antibody muncul… ujian darah ELISA biasanya mengesan antibody yang muncul iaitu dimana antibody akan muncul untuk melawan virus hiv dalam badan… tetapi jika ujian darah ELISA disahkan positif makan ujian WESTERN BLOT akan dibuat untuk mengesahkan anda dijangkiti hiv… tempoh “window Period” yang ditetapkan oleg CDC(central infectious deseas US) dan FDA ialah 3 bulan selepas hubungan seks tanpa kondom…
    tetapi anda dinasihatkan membuat ujian sekitar 6-8 minggu selepas hubungan dan kemudian ujian pengesahan padan 3bln… Selain itu, dalam hubungan menggunankan kondom… kondom sangat efektif untuk menghalang virus HIV menjangkiti badan jika ia digunakan dengan betol(kondom tidak pecah semasa hubungan seks) jika pecah maka harus membuat ujian darah kerana ia adalah risiko… akan tetapi kondom bukan lesen untuk mengamalkan seks bebas…mungkin akan pecah… tiada siapa tahu… saya sudah bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi kesalahan saya… Tekanan perasaan yang saya hadapi semasa menunggu keputusan ujian ELISA saya sangat berat… hingga sekarang saya masih paranoid… tetapi saya masih cuba untuk hidup gembira… walaupon kadangkala terpikirkan kesalahan saya… terima kasih semua… jangan amalkan seks bebas kerana ia berisiko….

  8. 37
    somprong Says:

    salam…..

    selama nie sy selalu melanggang perempuan di rumah urut, selalu jugak mengadakan hubungan sex tetapi setiap kali wat sex, sy sentiasa menggunakan kondom..

    bagaimanakah sy hendak mengetahui tanda-tanda awal jangkitan???

    sekarang sy da bertaubat dan tak akan mengulanginyer lagi.

  9. 36
    z Says:

    salam, saya telah terlanjur melakukan seks pertama kali dgn seorg pelacur.saya difahamkan yg pelacur itu sihat sebelum kami melakukan seks.namun saya lupa yg risiko tetap ada.ketika melakukan seks,saya memakai kondom.soalan saya ialah,adakah saya mempunyai risiko dijangkiti jika kemaluan saya dijilat dan dikolom wanita tersebut(tanpa kondom)?dan apakah tanda2 seperti lenguh2 otot dan sendi merupakan tanda2 awal virus dijangkiti?saya sedang menunggu masa sehingga 3bulan untuk menjalani pemeriksaan darah.kini yg tinggal hanya doa pada Allah dan saya telah bertaubat..itu merupakan kesilapan yg xmungkin sy ulang.

  10. 35
    razali Says:

    virus hiv banyak dalam air mani lelaki dan perempuan.Kebiasaannya virus hiv ni dikaitkan dengan pendarahan… Jadi andai mulut kita luka tak kiralah luka apa, atau sepanjang tekak kita ada luka, air mani yang ditelan tadi yg ada virus hiv boleh meresAp ketempat luka tadi, andai nasib baik, air mani tadi terus masuk dalam perut.Tak jadi apa2 lah… Oral sex risikonya rendah… tempoh 3 bulan untuk buat check darah adalah amat sesuai sekali…

  11. 34
    jagung Says:

    salam en razali..
    jika melakukan seks oral dimana hanya kemaluan kita sahaja dikulum,apakah risikonya?jika tiada luka,adakah ianya boleh berjangkit?adakah risikonya tinggi?
    en razali pernah mengatakan waktu yang terbaik adalah selepas 3 bulan melakukan perkara berisiko,adakah keputusan itu tepat?

  12. 33
    dina Says:

    saya melakukan blowjob tanpa kondom pada boifren, apakah jangkitan penyakit lain yang boleh berjangkit pada saya?

  13. 32
    keke Says:

    Salam Sejahtera semua,T pernah melakukan hubungan SEKS sebelum ini dengan tidak memakai kondom.Saya tidak tahu adakah T menhidap HIV atau HIV+,Bilakah ialah masa yang sesuai untuknya menjalani ujian darah?Adakah saya akan menhidap HIV jika saya menghisap darah dari lukanya? Terima kasih…

  14. 31
    runsing Says:

    mna en razali niee.

  15. 30
    muhammad Says:

    aku ingin kalian menjadi saksi,bahawa jika aku bebas dan negatif dari virus HIV kelak,tamat pelajaran aku nanti,aku akan terus berikhtiar utk berkhawin.ini janji aku.insha’Allah.moga2 dikabulkan.amin..

  16. 29
    muhammad Says:

    semoga kita dilindungi Allah sentiasa.jika kita penuh dengan dosa dan noda,maka bertaubatlah segera.Allah amat menyanyangi hamba-hambanya yg insaf dan beriman.insaf sebenar-benar taubat.

  17. 28
    wan Says:

    salam…6 thn lepas(2003).. Sy melakukan sex oral dimana kemaluan sy dmasukkan ke dlm mulut lelaki (bapok) tanpa kondom.. adakah jangkitan boleh berlaku? sekarang sy masih sht, adakah sy masih berisiko? tanda seperti demam brpanjangan akan timbul berapa lama selepas di jangkiti? ini kerana sy susah untuk demam walaupun kena yang lama. Skrang sy sudah brtaubat..tk mahu ulangi kesilapan lalu.. ..hrap doa sy dmakbul kn Allah.. Agar mendpt keputusan darah sy bersih dr sbrang jangkitan..insya Allah

  18. 27
    dungu Says:

    dalam air liur pesakit HIV ada ke Virus HIV atau ada di dalam air mani sahaja?

  19. 26
    achik Says:

    Klu buat ujian darah then dpt kesan ade simptom2 sifilis..adekah itu akan jd hiv?

  20. 25
    OCHIE Says:

    VIRGIN BE HEALTY FUTURE………..so jan coba2 nglakuin sexs bebaz ya………….

  21. 24
    nnn Says:

    habis tu jan, mcm mana ko skang, kulit masih kering n gatal ke.. badan awk tk panas ke.

  22. 23
    sick Says:

    adakah penyakit tibi tu permulaannya hanya batuk yang disertai darah dlm kuantiti yg kecil saje? konfius la.

  23. 22
    sick Says:

    adakah kayap yang tumbuh tuh boleh sembuh? dan adakah berat badan yang menurun sebanyak 10kg tuh tak boleh dinaikkan semula sekiranya terjangkit penyakit ini?

  24. 21
    Jan Says:

    Saya menemui doktor dan menanyakan tentang ujian darah hiv…katanya, jika kita mahu mengetahui kehadiran virus hiv..tempoh yang sesuai ialah 10 bulan slps kali terakhir kita mengadakan hubungan kelamin…Ini bermaksud kehadiran virus hiv cuma boleh dikesan diantara 6 hingga 10 bulan….bukan beberapa minggu selepas mengadakan hubungan kelamin !

  25. 20
    Jan Says:

    Saya telah bersetubuh dengan pasangan semasa saya datang haid. 10 hari selepas itu saya datang haid lagi. Selepas habis haid, sekitar kemaluan dan lubang dubur dan sekitar celah peha terdapat seperti warna putih (seakan kulat) dan gatal. Kulit saya juga menjadi kering dan di dalam mulut saya pedih dan susah untuk makan. Apakah ini tanda-tanda awal saya kena jangkitan virus HIV ?

Pages: [2] 1 » Show All

Leave a Reply