June 30th, 2007
Perempuan yang Haram di Kahwini
Orang Perempuan yang haram dikahwini dibahagikan kepada 2 kategori:
1. Haram selama-lamanya haram
2. Haram buat sementara waktu
HARAM SELAMANYA
1. Sebab Keturunannya:
a. Ibu & Nenek ke atas
b. Anak & cucu ke bawah
c. Saudara perempuan, samaada seibu sebapa, sebapa sahaja atau seibu sahaja
d. Saudara perempuan bagi Ibu dan juga Bapa (emak saudara ke atas)
e. Anak saudara (anak buah) daripada saudara lelaki ataupun saudara perempuan hingga ke bawah
2. Sebab Susuannya
a. Ibu yang menyusukannya
b. Saudara perempuan susuan
3. Sebab Perkahwinan Musaharah:
a. Ibu Mertuaku
b. Ibu tiri dan datuk ke atas
c. Isteri anaknya (menantu) ke bawah
d. Anak Isterinya (anak tiri), cucu hingga ke bawah
HARAM SEMENTARA WAKTU
Adapun perempuan yang diharamkan berkahwin buat sementara waktu ialah:
1. Saudara-saudara perempuan bagi isterinya (adik atau kakak ipar)
2. Anak saudara isteri, sama ada sebelah ibu ataupun sebelah bapa
3. Anak saudara isteri bagi saudara lelaki ataupun saudara perempuan








