Harga & Tips mencari photographer Majlis Perkahwinan

Kenapa ada harga berbeza-beza di pasaran?
Ada yang mahal atas seribu , ada yang murah bawah 500 dan sebagainya?

1. Harga bergantung kepada kualiti peralatan-lensa yg digunakan dan gambar yg terhasil.
Peralatan seperti saya biasanya di Kuala Lumpur mereka akan menetapkan harga rm1500-rm2500. Tetapi saya duduk di kampung, saya menetapkan harga yang wajar bagi orang di kampung. Adalah diingatkan gambar saya terbukti berkualiti sehingga menang pertandingan Fotografi Kingston Malaysia hadiah pertama.

Jika ada yg menetapkan bawah rm500 kebanyakkan mereka menggunakan teknologi lama, film SLR, kualiti Film SLR tidak sama dgn digital SLR. Kamera film SLR sangat murah berbanding digital. Kebiasaannya photographer film jarang menggunakan lense mahal.


2. Harga ditawarkan mengikut roll (1 roll= 36 keping),
Upah & Pakej
Harga juga ditetapkan berasaskan jumlah kuantiti gambar yg ditawarkan, biasanya bersaiz 4R untuk majlis perkahwinan. Walaupun digital kita masih kira roll untuk memudahkan pemahaman. Harga semasa bagi 1 roll bergantung rapat kepada faktor no 1 di atas, yang menggunakan peralatan murah mereka akan charge paling murah rm180 hingga rm200 - 1 roll, jika peralatannya bagus harganya lebih mahal. Tetapi saya tidak menawarkan serendah 1 roll kerana majlis perkahwinan pada pendapat saya tidak layak untuk di gambarkan dalam 1 roll.

Upah
Ada photographer mengambil upah sehingga rm500 sehari untuk menangkap gambar sahaja. Paling murah ialah rm350 sehari. Ini dalah upah untuk penat lelah peluh mereka kehulu kehilir.

Pakej
Pakej juga mengambil peranan dalam penetapan harga. Jika ada custom album terlibat dalam pakej, anda akan dapati harga servis menjadi mahal. Ini kerana photographer mengambil upah mesusun atur gambar dan edit untuk menjadikan satu album penuh.Upah custom album ditetapkan dari rm400 sehingga paling mahal rm800.

Nasihat bagi mereka yang mencari Photographer.

1. Tanya photographer mereka menggunakan digital atau film SLR
2. Tanya photographer mereka menggunakan kamera jenis ape? Nikon atau Canon EOS - Kedua ini sahaja yg bagus.Selain daripada ini lupakan sahaja kecuali ada photographer senior pakai leica atau pentax. Tetapi wide range of lenses yg buatkan nikon dan canon menjadi pilihan utama
3. Kalau Canon tanya mereka ada tak mempunya pro Lense siri “L” dalam koleksi lense mereka (kalau ada bagus, kalau takde pun tgk gambar mereka, kalau bagus ada lebih dr 1 lense boleh ambik)
4. Tanya contoh gambar atau galeri online.
5. Bandingkan berape roll? berape 8R? dengan frame atau tidak? Album?Custom Album
6. Tanya photographer coverage majlis? gambar posing je ke? berarak? bersanding?

Memahami Kerja Photographer
Kerja mengambil gambar ini tidak mudah dan tidak pula senang seperti yang disangkakan. Bagi jurugambar yang mengambil keseluruhan majlis seperti saya, ia adalah kerja yang memenatkan dan kerja yang berpeluh, dari semua sessi, nikah, malam berinai, berarak, persalinan dan sebagainya. Sebagai seorang yang bekerja dan mempunyai gaji seperti saya, kerja mengambil gambar ini kerja yang berpeluh malah yang dipandang rendah orang walaupun peralatan mencecah belasan ribu ringgit tetapi tidak dihargai.Kenapa saya masih melakukannya, ini semua adalah kerana minat dan cuba memberikan yang terbaik kepada orang kampung.Jarang sekali orang kampung dapat gambar berkualiti tinggi yg dihasilkan dari lensa-lensa mahal. Jika ada yang berbunyi di belakang saya hanya akan memekakkan telinga dan terus saja menjalankan tugas tanpa mempedulikan mereka ini.

Kemudian semua shot ini di proses untuk dijadikan gambar kerana shot yang diambil adalah format RAW dan kemudiannya di proses(EV, contrast, saturation dan lain-lain) satu per satu menjadi gambar(jpeg). Jika gambar di ambil dlm format jpeg kualitinya akan jatuh bila kita adjust semula setting2 tersebut di photoshop.

Kenapa kekadang gambar kahwin saya gelap dan tak cukup warna?
Ini mungkin kerana printer di kedai gambar menggunakan kertas murah, catridge murah dan biasanya printer besar ini susah hendak mendapatkan komposisi warna yang sama dengan monitor.

Seperti saya, saya print sendiri gambar saya menggunakan printer canon selphy dan kertas postcard 4R canon yg dijamin kualitinya dan tahan 100tahun print. printnya adalah menggunakan teknologi dye-sub, bukan ink-jet atau bubble jet. Ia berkualiti tinggi tidak seperti machine printer besar di kedai gambar. Mesin kedai gambar ini jarang sekali memberikan hasil yang memuaskan kepada saya kerana mesin ini mencetak sejumlah kuantiti yang besar pada satu satu masa. kadangkala gambar gelap dan kadangkala warna kurang. Ini adalah masalah yang biasa bagi yang mementingkan kualiti seperti saya.

Gambar Film boleh edit? Digital tak boleh?
Ini adalah satu penipuan alaf baru, gambar digital adalah lebih senang dan lebih bagus untuk di edit kerana ia format digital dan terus masuk ke komputer, sebelum menjadi gambar format RAW yang disunting di komputer tidak menurunkan kualiti. Tetapi gambar film terpaksa di cuci di bilik gelap kemudiannya di scan, jika scanner yang digunakan tidak berkualiti, gambar pun tidak berkualiti dan akan mempunyai noise, selepas itu baru gambar di edit dan di betulkan yg akan meragut kualiti gambar tersebut.

Saya harap dengan adanya artikel ini para pelanggan dan pelawat laman web ini lebih memahami kerjaya seorang photographer majlis perkahwinan dan tahu membandingkan harga dan kualiti gambar.

Sila klik ke link Pakej di menu atas untuk mengetahui harga pakej saya.

Comments are closed.

RSSSubscribe to my feed now.

About Me

PD Photographer - Gambar Perkahwinan Melayu Berkualiti TinggiUsahawan Internet yang belum kaya berusia 29thn dan sudah beristeri. Owner of SultanTheme.com ... more